Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar (DARAH) atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 18minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 18 minggu. Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.
Replika kromosom yang tidak normal
Faktor alam sekitar
Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan
Keguguran Perubatan (terapeutik) – Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:
Bagi menyelamatkan nyawa ibu
Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk
Keguguran secara paksaan – Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:
Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi
Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan
Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif
Cara-cara pengguguran
Juga dikenali sebagai pengguguran kimia
Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan misoprostol, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan (bawah 12 minggu)
Pengguguran pembedahan (Surgikal)
Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik – menggunakan mesin elektronik) – bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu
Dilatasi dan pengkuretan (D&C) – bagi usia kandungan 15-24 minggu
Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi – bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu
Komplikasi (KESAN SAMPINGAN MEMUDARATKAN) pengguguran secara paksaan
Pangkal rahim terkoyak
Tertembus rahim
Pendarahan teruk
Jangkitan pada organ pembiakan
Kemandulan
Kematian – disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal